Nov 10, 2022

Katrij P.Ramlee (Cartridge 8 track)

Alhamdulillah, lama betul mencari katrij P.Ramlee... akhirnya berjaya dapat tangkap 1.  

Beberapa ratus harganya, tapi minat punya pasal... bayar je la...











Jul 26, 2022

8 Track Cartridge / Katrij Scorpion

Salam semua.. lama tak menjengah di sini...

Alhamdulillah, hari ni dapat 1 katrij yang bg aku sgt rare... pada org lain aku tak tahu la.. beli di ebay... penjual jual dlm negara USA je... nasib baik ada sahabat pada sahabat di sana... boleh la guna kebaikan sahabat di sana untuk poskan semula pd aku.










Katrij yg aku dapat ni, NOS (New Old Stock) ... Masih baru, berbungkus lagi tapi stok lama. Ni katrij Kumpulan Scorpion yg ke 2 aku beli di ebay....










Yg kat atas ni masa jualan di ebay... free shipping di USA... sahabat pos dari US..USD40... Jadi mmg mahal... tapi oleh kerana katrij ni mmg susah nk cari di sini... payah atau mmg tak ada.... 

Tq sudi baca....

Jul 29, 2019

Cartridge 8 Track Home Made 2 (Buatan sendiri)

Salam pada penggemar brg antik...
Beberapa minggu ni aku terlebih rajin dan terlebih masa. Jadi masa banyak dihabiskan untuk menyiapkan rakaman katrij untuk koleksi peribadi.
Koleksi katrij ni untuk dipasang pada kereta aku dan dirumah (bukan utk jualan - salah tu).
Memandangkan lagu kegemaran aku tak banyak yang dapat dicari dan lagu-lagu baru tak mungkin akan dikeluarkan dalam bentuk katrij. Jadi aku mula lah merakam lagu-lagu baru dalam bentuk katrij. Ini hobi untuk syiok sendiri je ...hihi..
Dulu masa muda tak pernah beli katrij ni. Rasanya sebab saiz katrij tu besar. Mungkin sebab tu lah aku tak minat. Tapi akhir-akhir ni jadi minat pulak sebab dah puas main rekod (piring hitam). Piring hitam tak boleh main dalam kereta. Player nya ada aku tengok dalam Youtube. Tapi tak praktikal untuk dimainkan dalam kereta dan harga player tersangat lah mahal mencecah ribuan ringgit dan player tu pun payah nak di beli dalam Ebay.
Jalan mudahnya tukar minat pada katrij.
Aku bermula dengan membeli recorder di Ebay yang berharga RM600. Cuba dengar-dengar dulu katrij yang dapat aku beli di Amcorp Mall (Petaling Jaya) dan Lokin (Ipoh). Katrij tiruan memang tersangat ok bunyinya. Katrij ori lagi lah cun bunyinya macam cd dan piring hitam. Betul. Aku tak tipu. Memang sedap giler bunyinya.
Tapi rakaman katrij yang aku buat standard kelas 3 jika nak dibandingkan dengan yang ori (kelas 1) dan tiruan (kelas 2). Tapi bunyi masih mengancam lagi.
Kelas bunyi yang terhasil dari rakaman bergantung pada bunyi asal (lagu asal) dan katrij yang digunakan untuk merakam. Kalau bunyi lagu asal tu memang sedap macam lagu Michael Jackson. Memang best la bunyinya di tambah lagi katrij yang ori atau blank tape yang mahal (Maxell dll).
Aku beli 4 katrij dari ebay. Bunyi ok selepas dirakam. Itupun yang murah je. Lebih kurang RM60 sebiji katrij (40 minit).
Oleh kerana blank katrij mahal dan hanya boleh dibeli diEbay @ Amazon dan online shop yang semuanya berada dibarat.
Aku pun beralih pada katrij2 terpakai yang ori dan tape pada katrij masih cun lagi. Terutama lagu-lagu Mat Saleh yang tak sedap. Jadi orang jarang main katrij tu. Aku pun beli dan jadikan sebagai blank katrij untuk kerja-kerja merakam.
Hasilnya tak menghampakan. Dengan teknologi yang ada sekarang dapat lah aku menyiapkan koleksi katrij untuk hobi dan simpanan sendiri.

Antara katrij yang sudah siap.







Gambar cover tu ambik di internet je. Hihi...
Ok. Terima kasih sudi singgah dan baca entry aku yang tak sedap ni.

Jul 18, 2019

Cartridge 8 track Home Made 1 (Buatan sendiri)

Salam Peminat barang antik...

Terima kasih sudi singgah dan baca entry aku yang tak sedap ni... hehe.

Hari ni aku nak display katrij yang aku dubbing sendiri.
Katrij lama2 yang masih cantik tape tu aku dubbing dengan lagu2 kesukaan aku. Ada jugak beli blank tape di Ebay...tapi mahal...
RM30 - RM90 sekeping ... bajet nipis bro...











Katrij ni tak leh jual bro ... salah dari segi akta hakcipta.
Ni untuk koleksi sendiri je...
Pasang dalam kereta semasa balik kampung atau ronda2 Malaya.











Gambar cover pada katrij tu kurang cantik ... printer jenis murah bro.
Nanti lah bajet tebal... aku beli yang cun melecun... hehe.

Aku guna player kat bawah ni untuk dubbing...beli di ebay...
RM600  .... baru tapi stok lama ... ok la.. bunyi cun jugak...
kalau bro ada record player yang bunyi cun bila dubbing bagitau aku...nak tumpang sekaki dan nak tau jugak brand apa tu...















Kat bawah ni aku share katrij Wings album Belenggu Irama yg aku dubbing tu.



ok la bro...aku keluar dulu...
apa2 nak kongsi or nak tanya... tinggal jejak bro...
ruangan komen ada...

Terima kasih.

Dec 5, 2018

8 Track - Foil Replacement

Salam Semua..

Kali ni aku nak citer pasal "Sensing Foil Tape" . Benda ni macam selotape je, tapi dibuat dari aluminium.
Fungsi benda ni ia menukar track pada 8 track tape atau katrij. kalau benda ni dah rosak atau haus atau tercabut. Track pada katrij tu tak bertukar (skip)..... duduk situ jugak... pada player 8 track tu ada 4 track...
kalau anda play pada track 1... pada track 1 la sampai sudah...Patutnya dia bergerak dari track 1 hingga 4 dan selepas 4 pergi semula pada 1 ... begitu lah sampai sudah...sampai player tu meletup kepanasan ...hehe..

"sensing foil tape" ni ada dijual kat Ebay . Harganya tak mahal sangat...RM30 je segulung... macam selotape la .. tapi yang aku hot tu shipping cost RM70 ... tu yang malas nak beli... Kos Pos lagi mahal dari barang ... macam2 aku cuba nak ganti "sensing Foil Tape" tu ... Yang terbaik yang dalam video kat bawah tu lah yang aku jumpa .

Kat bawah ni aku link video aku yang aku upload kat Youtube...
engkorang tengok la macamana nak pasang "Sensing Foil Tape" tu secara percuma... ada ubat-ubat yang berbentuk pil tu.. engkorang ambik..bekas pil tu... nak tau..tngok video kat bawah ni....


Kalau nak tanya apa-apa ... tanya dalam ruangan komen kat bawah tu..
Nanti aku bagitau..

Terima kasih kerana singgah. Kalau ada Katrij atau 8 track lagu Melayu nak jual murah2 bagitau yea....

Nov 16, 2018

Car Cartridge Player - 8 track Player - Pemain Katrij Kereta

Salam ....

Beberapa hari lepas dapat satu Car Cartridge Player..   Pemain Katrij Kereta .... boleh pasang dalam kereta .....
Banyak la jugak aku godek2 benda ni... tukar belt... macam biasa la..belt tu aku gam guna UHU je dulu... belt lama dah keras dan reput ... guna lah belt yang baru yang panjang2 tu ... potong la bagi pendek dan gam ...
free nanti kena pergi Jalan Pasar KL untuk cari belt yang baru...rasanya ada kat sana...harga mungkin boleh tahan laaa...

selepas godek2 benda ni...sembur wd40 sikit.....Alhamdulillah hidup lah semula benda ni.....tapi mula2 tu hidup segan mati tak mahu ... bila pasang katrij je.....bunyi macam pasang piring hitam tapi speed slow...
banyak jugak cabaran membaiki labu ni ....




Kalau pasang dalam kereta klasik dan antik ni memang cun giler laa...
pasang pulak amp lama .... memang meletop jugak bunyi nya lebih2 lagi kalau dapat katrij yang ori..

Terima kasih singgah dan jalan2 makan angin kat blog aku...
kalau ada apa2 pesanan... sila tinggal jejak yaaa....

Nov 14, 2018

Katrij Lagu - Cartridge - 8 track - Tape

Salam...

Lama tak menjenguk sini dan menaip sesuatu.
last sekali tahun 2012 bulan 5 dulu.  Uiisshhh lama tu. 6 tahun tu.
Dari aku sihat dulu sampai sekarang sihat lagi tapi dah buat bypass.
alhamdulillah . Allah masih panjangkan umur aku.

Tuan yang singgah dan membaca blog aku ni pun aku doakan sihat selalu dan panjang umur.

Kali ni aku nak citer pasal Katrij yang baru aku dapat sebulan dua ni.
Player (Set Hifi) dah lama ada, cuma dah rosak. Bila dapat satu Katrij yang aku beli di AmCorp Mall di KL. Lagu Jamal Abdillah, mula aku membaiki Set Hifi aku ni. Godek punya godek... siap lah player untuk main katrij ni... belt pun tak jumpa nak cari mana... aku sambung pakai gam Uhu je buat sementara sebelum jumpa belt yang baru. Nanti free gi jalan Pasar kat Pudu di KL nun. Sana banyak la belt macam2 saiz.


Boleh la aku main Katrij Dato Jamal tu.. masih sedap lagi bunyinya..sebab Katrij tu yang ori...WEA Record... gemersik bunyi.



Lepas tu aku jalan2 ke Pasar Lokin, Ipoh. Dapat lagi 2 Katrij... Uji Rashid dan Sweet Charity ...tp sayang bukan ori... tapi bunyi masih cun lagi... mana nak cari sekarang Katrij lagu macam ni...Kalau bukak Ebay atau Mudah ....memang tak jumpa la..Lagu Mat dan Minah saleh adalah ....
Rare jugak la ni ...  Boleh la buat dengar2 kasi syiok sendiri... Masa aku muda dulu pun aku tak beli Katrij ni sebab player tak ada kat rumah. 





Tima kasih tuan-tuan yang sudi membaca coretan aku ni. Kalau ada Katrij nak jual..kalau kena regenya dan lagunya dan kualitinya... aku beli..
Nanti tinggal no tepon dalam ruangan komen deh.. Katrij lagu melayu la yang paling aku cari...

Wasalam.




May 18, 2012



Jukebox AMI Continental 2 tahun 1962.

Ni lah barang antik aku yang terbaru.

Selamat menonton....

Feb 23, 2011

Mesin Taip Jawi
































Masih tip top...Buatan Yugoslavia.
Tulisan dibahagian hadapan "UNIS tbm BISER 32"

Dec 9, 2010

Keretapi Mainan 70an























Buatan Cina, keluaran tahun 70an. Agak lusuh sikit tapi masih berfungsi dengan baik, cermin tingkat atas diubahsuai dari plastik. Keseluruhan badan dari besi kecuali tayar.

Kereta mainan 70an























Buatan Cina, masih elok dan ada kotak. Keluaran tahun 70an, skrg permainan budak2 kebanyakan dibuat dari plastik.

Pemain Piring Hitam (Bag)

































Dulu, ada juga org bawa bag ni untuk berkelah @ berniaga, telah dibaikpulih, hanya pemain piring hitam yang berfungsi dengan cemerlang (speed 33, 45 dan 78), radio tak berfungsi. menggunakan elektrik dan bateri 4 biji (saiz bateri ubat lampu paling besar - D size).

Oct 18, 2010

Radio Lama jenama Siemens

"Isi perut" lama dah dibuang...aku ganti dengan radio baru. Maksudnya aku modified masuk kan "isi perut" radio baru. Jadi dia berfungsi macam biasa. Kawalan siaran di sebelah kanan, kawalan suara (volume) sebelah kiri. Butang tekan2 putih di tengah tu dah tak berfungsi, boleh tekan je lah. Asalnya untuk menukar siaran (SW, MW). Bila aku dah modified, hanya FM saja yang dapat. menggunakan kuasa elektrik. Badan diperbuat dari plastik bukan kayu.


ps : kalau sesiapa ada radio lama dan berminat ingin modified supaya berbunyi dengan masukkan radio baru dalam tu, kalau tinggal di area Kuantan atau berhampiran, boleh la email kat aku. TQ.

Mar 6, 2010

Seiko Advance Auto
















































Jam, hari dan tarikh berfungsi dengan baik , cuma tali je bukan original.




Jan 19, 2010

Seiko 5 (automatik)







































Semua berfungsi dengan baik. Aku bukan pakar jual jam, cuma minat je. Kebetulan ada beberapa buah jam dalam koleksi, nak tahu lebih lanjut, email kat akulah. TQ

Jan 2, 2010

Kipas Meja 16" G.E.C (SOLD)


















Buatan England. Masih berfungsi. "Speed control" ada di belakang tapak. Maaf lah, kipas berabuk sikit. Tuannya malas nak cuci... hehe.

TV Toshiba Blackstripe 20" (Color)



























Body kayu, untuk tukar siaran masih kena pulas. TV warna. Cuma ada line melintang pada paparan skrin sebagaimana ditunjukkan pada gambar di atas. Siaran yang dapat ialah TV1, TV2 dan TV3.

Dec 24, 2009

Duit Lama Lebih 200 tahun















Dec 14, 2009

Lighter Ronson U.S.A































Lighter Buatan USA (table lighter). menggunakan minyak,
berfungsi dengan baik.

Harga : RM120

Lighter & Bekas Rokok Ronson U.S.A

















Bekas Rokok dan lighter, buatan USA, jenama Ronson, lighter/pemetik api masih elok dan boleh digunakan.

Harga : RM180

Dec 10, 2009

Pagol V5 (Manual)















Swiss made.. Running excellent..
RM550.00

Rado Starfire (Automatik) - SOLD to Ogie KL.

















Swiss made.. Glass- saphire Cristal.. Automatik..
Running - excellent.
RM 700.00

Sep 7, 2009

FAVRE LEUBA Automatic (SOLD)
















Jam Favre Leuba Automatik buatan swiss, masih elok lagi sebab aku dah pakai seminggu lebih. Hari dan tarikh bertukar dengan baik. Cuma tali bukan original, tali tu jenama Seiko.


RM300

Aug 31, 2009

Turntable Model Sansui (Display Je)















Model Sansui ni buatan Jepun, Koleksi aku sendiri...masih berfungsi dengan baik cuma kena sambung dengan amplifier lah.. dan untuk pengetahuan engkorang bila dah habis play, tangan tu tak automatik simpan sendiri. Aku harap engkorang pahamlah aku cerita ni. Tempat letak jarum tu ada, aku lupa nak letak dan aku dah gantikan dengan jarum yang baru.

RM300

Brand @ Company Piring Gramophone.
















Ini lah brand/syarikat piring hitam bagi piring-piring hitam yang aku nak jual kat bawah tu, kalau latarbelakang tulisan tu warna biru, inilah lambangnya... kalau aku nak ambik gambar tu full...tak nampak pulak tajuk lagu tu... Al maklum lah barang lama.















Kalau latarbelakang tulisan tu warna merah, inilah lambangnya...