Jul 29, 2019

Cartridge 8 Track Home Made 2 (Buatan sendiri)

Salam pada penggemar brg antik...
Beberapa minggu ni aku terlebih rajin dan terlebih masa. Jadi masa banyak dihabiskan untuk menyiapkan rakaman katrij untuk koleksi peribadi.
Koleksi katrij ni untuk dipasang pada kereta aku dan dirumah (bukan utk jualan - salah tu).
Memandangkan lagu kegemaran aku tak banyak yang dapat dicari dan lagu-lagu baru tak mungkin akan dikeluarkan dalam bentuk katrij. Jadi aku mula lah merakam lagu-lagu baru dalam bentuk katrij. Ini hobi untuk syiok sendiri je ...hihi..
Dulu masa muda tak pernah beli katrij ni. Rasanya sebab saiz katrij tu besar. Mungkin sebab tu lah aku tak minat. Tapi akhir-akhir ni jadi minat pulak sebab dah puas main rekod (piring hitam). Piring hitam tak boleh main dalam kereta. Player nya ada aku tengok dalam Youtube. Tapi tak praktikal untuk dimainkan dalam kereta dan harga player tersangat lah mahal mencecah ribuan ringgit dan player tu pun payah nak di beli dalam Ebay.
Jalan mudahnya tukar minat pada katrij.
Aku bermula dengan membeli recorder di Ebay yang berharga RM600. Cuba dengar-dengar dulu katrij yang dapat aku beli di Amcorp Mall (Petaling Jaya) dan Lokin (Ipoh). Katrij tiruan memang tersangat ok bunyinya. Katrij ori lagi lah cun bunyinya macam cd dan piring hitam. Betul. Aku tak tipu. Memang sedap giler bunyinya.
Tapi rakaman katrij yang aku buat standard kelas 3 jika nak dibandingkan dengan yang ori (kelas 1) dan tiruan (kelas 2). Tapi bunyi masih mengancam lagi.
Kelas bunyi yang terhasil dari rakaman bergantung pada bunyi asal (lagu asal) dan katrij yang digunakan untuk merakam. Kalau bunyi lagu asal tu memang sedap macam lagu Michael Jackson. Memang best la bunyinya di tambah lagi katrij yang ori atau blank tape yang mahal (Maxell dll).
Aku beli 4 katrij dari ebay. Bunyi ok selepas dirakam. Itupun yang murah je. Lebih kurang RM60 sebiji katrij (40 minit).
Oleh kerana blank katrij mahal dan hanya boleh dibeli diEbay @ Amazon dan online shop yang semuanya berada dibarat.
Aku pun beralih pada katrij2 terpakai yang ori dan tape pada katrij masih cun lagi. Terutama lagu-lagu Mat Saleh yang tak sedap. Jadi orang jarang main katrij tu. Aku pun beli dan jadikan sebagai blank katrij untuk kerja-kerja merakam.
Hasilnya tak menghampakan. Dengan teknologi yang ada sekarang dapat lah aku menyiapkan koleksi katrij untuk hobi dan simpanan sendiri.

Antara katrij yang sudah siap.







Gambar cover tu ambik di internet je. Hihi...
Ok. Terima kasih sudi singgah dan baca entry aku yang tak sedap ni.

0 comments: