Showing posts with label Katrij. Show all posts
Showing posts with label Katrij. Show all posts

Jul 29, 2019

Cartridge 8 Track Home Made 2 (Buatan sendiri)

Salam pada penggemar brg antik...
Beberapa minggu ni aku terlebih rajin dan terlebih masa. Jadi masa banyak dihabiskan untuk menyiapkan rakaman katrij untuk koleksi peribadi.
Koleksi katrij ni untuk dipasang pada kereta aku dan dirumah (bukan utk jualan - salah tu).
Memandangkan lagu kegemaran aku tak banyak yang dapat dicari dan lagu-lagu baru tak mungkin akan dikeluarkan dalam bentuk katrij. Jadi aku mula lah merakam lagu-lagu baru dalam bentuk katrij. Ini hobi untuk syiok sendiri je ...hihi..
Dulu masa muda tak pernah beli katrij ni. Rasanya sebab saiz katrij tu besar. Mungkin sebab tu lah aku tak minat. Tapi akhir-akhir ni jadi minat pulak sebab dah puas main rekod (piring hitam). Piring hitam tak boleh main dalam kereta. Player nya ada aku tengok dalam Youtube. Tapi tak praktikal untuk dimainkan dalam kereta dan harga player tersangat lah mahal mencecah ribuan ringgit dan player tu pun payah nak di beli dalam Ebay.
Jalan mudahnya tukar minat pada katrij.
Aku bermula dengan membeli recorder di Ebay yang berharga RM600. Cuba dengar-dengar dulu katrij yang dapat aku beli di Amcorp Mall (Petaling Jaya) dan Lokin (Ipoh). Katrij tiruan memang tersangat ok bunyinya. Katrij ori lagi lah cun bunyinya macam cd dan piring hitam. Betul. Aku tak tipu. Memang sedap giler bunyinya.
Tapi rakaman katrij yang aku buat standard kelas 3 jika nak dibandingkan dengan yang ori (kelas 1) dan tiruan (kelas 2). Tapi bunyi masih mengancam lagi.
Kelas bunyi yang terhasil dari rakaman bergantung pada bunyi asal (lagu asal) dan katrij yang digunakan untuk merakam. Kalau bunyi lagu asal tu memang sedap macam lagu Michael Jackson. Memang best la bunyinya di tambah lagi katrij yang ori atau blank tape yang mahal (Maxell dll).
Aku beli 4 katrij dari ebay. Bunyi ok selepas dirakam. Itupun yang murah je. Lebih kurang RM60 sebiji katrij (40 minit).
Oleh kerana blank katrij mahal dan hanya boleh dibeli diEbay @ Amazon dan online shop yang semuanya berada dibarat.
Aku pun beralih pada katrij2 terpakai yang ori dan tape pada katrij masih cun lagi. Terutama lagu-lagu Mat Saleh yang tak sedap. Jadi orang jarang main katrij tu. Aku pun beli dan jadikan sebagai blank katrij untuk kerja-kerja merakam.
Hasilnya tak menghampakan. Dengan teknologi yang ada sekarang dapat lah aku menyiapkan koleksi katrij untuk hobi dan simpanan sendiri.

Antara katrij yang sudah siap.







Gambar cover tu ambik di internet je. Hihi...
Ok. Terima kasih sudi singgah dan baca entry aku yang tak sedap ni.

Jul 18, 2019

Cartridge 8 track Home Made 1 (Buatan sendiri)

Salam Peminat barang antik...

Terima kasih sudi singgah dan baca entry aku yang tak sedap ni... hehe.

Hari ni aku nak display katrij yang aku dubbing sendiri.
Katrij lama2 yang masih cantik tape tu aku dubbing dengan lagu2 kesukaan aku. Ada jugak beli blank tape di Ebay...tapi mahal...
RM30 - RM90 sekeping ... bajet nipis bro...











Katrij ni tak leh jual bro ... salah dari segi akta hakcipta.
Ni untuk koleksi sendiri je...
Pasang dalam kereta semasa balik kampung atau ronda2 Malaya.











Gambar cover pada katrij tu kurang cantik ... printer jenis murah bro.
Nanti lah bajet tebal... aku beli yang cun melecun... hehe.

Aku guna player kat bawah ni untuk dubbing...beli di ebay...
RM600  .... baru tapi stok lama ... ok la.. bunyi cun jugak...
kalau bro ada record player yang bunyi cun bila dubbing bagitau aku...nak tumpang sekaki dan nak tau jugak brand apa tu...















Kat bawah ni aku share katrij Wings album Belenggu Irama yg aku dubbing tu.



ok la bro...aku keluar dulu...
apa2 nak kongsi or nak tanya... tinggal jejak bro...
ruangan komen ada...

Terima kasih.

Nov 16, 2018

Car Cartridge Player - 8 track Player - Pemain Katrij Kereta

Salam ....

Beberapa hari lepas dapat satu Car Cartridge Player..   Pemain Katrij Kereta .... boleh pasang dalam kereta .....
Banyak la jugak aku godek2 benda ni... tukar belt... macam biasa la..belt tu aku gam guna UHU je dulu... belt lama dah keras dan reput ... guna lah belt yang baru yang panjang2 tu ... potong la bagi pendek dan gam ...
free nanti kena pergi Jalan Pasar KL untuk cari belt yang baru...rasanya ada kat sana...harga mungkin boleh tahan laaa...

selepas godek2 benda ni...sembur wd40 sikit.....Alhamdulillah hidup lah semula benda ni.....tapi mula2 tu hidup segan mati tak mahu ... bila pasang katrij je.....bunyi macam pasang piring hitam tapi speed slow...
banyak jugak cabaran membaiki labu ni ....




Kalau pasang dalam kereta klasik dan antik ni memang cun giler laa...
pasang pulak amp lama .... memang meletop jugak bunyi nya lebih2 lagi kalau dapat katrij yang ori..

Terima kasih singgah dan jalan2 makan angin kat blog aku...
kalau ada apa2 pesanan... sila tinggal jejak yaaa....

Nov 14, 2018

Katrij Lagu - Cartridge - 8 track - Tape

Salam...

Lama tak menjenguk sini dan menaip sesuatu.
last sekali tahun 2012 bulan 5 dulu.  Uiisshhh lama tu. 6 tahun tu.
Dari aku sihat dulu sampai sekarang sihat lagi tapi dah buat bypass.
alhamdulillah . Allah masih panjangkan umur aku.

Tuan yang singgah dan membaca blog aku ni pun aku doakan sihat selalu dan panjang umur.

Kali ni aku nak citer pasal Katrij yang baru aku dapat sebulan dua ni.
Player (Set Hifi) dah lama ada, cuma dah rosak. Bila dapat satu Katrij yang aku beli di AmCorp Mall di KL. Lagu Jamal Abdillah, mula aku membaiki Set Hifi aku ni. Godek punya godek... siap lah player untuk main katrij ni... belt pun tak jumpa nak cari mana... aku sambung pakai gam Uhu je buat sementara sebelum jumpa belt yang baru. Nanti free gi jalan Pasar kat Pudu di KL nun. Sana banyak la belt macam2 saiz.


Boleh la aku main Katrij Dato Jamal tu.. masih sedap lagi bunyinya..sebab Katrij tu yang ori...WEA Record... gemersik bunyi.



Lepas tu aku jalan2 ke Pasar Lokin, Ipoh. Dapat lagi 2 Katrij... Uji Rashid dan Sweet Charity ...tp sayang bukan ori... tapi bunyi masih cun lagi... mana nak cari sekarang Katrij lagu macam ni...Kalau bukak Ebay atau Mudah ....memang tak jumpa la..Lagu Mat dan Minah saleh adalah ....
Rare jugak la ni ...  Boleh la buat dengar2 kasi syiok sendiri... Masa aku muda dulu pun aku tak beli Katrij ni sebab player tak ada kat rumah. 





Tima kasih tuan-tuan yang sudi membaca coretan aku ni. Kalau ada Katrij nak jual..kalau kena regenya dan lagunya dan kualitinya... aku beli..
Nanti tinggal no tepon dalam ruangan komen deh.. Katrij lagu melayu la yang paling aku cari...

Wasalam.