May 18, 2012



Jukebox AMI Continental 2 tahun 1962.

Ni lah barang antik aku yang terbaru.

Selamat menonton....

Feb 23, 2011

Mesin Taip Jawi








































Masih tip top...Buatan Yugoslavia.
Tulisan dibahagian hadapan "UNIS tbm BISER 32"

Dec 9, 2010

Keretapi Mainan 70an





























Buatan Cina, keluaran tahun 70an. Agak lusuh sikit tapi masih berfungsi dengan baik, cermin tingkat atas diubahsuai dari plastik. Keseluruhan badan dari besi kecuali tayar.


Kereta mainan 70an





























Buatan Cina, masih elok dan ada kotak. Keluaran tahun 70an, skrg permainan budak2 kebanyakan dibuat dari plastik.


Pemain Piring Hitam (Bag)











































Dulu, ada juga org bawa bag ni untuk berkelah @ berniaga, telah dibaikpulih, hanya pemain piring hitam yang berfungsi dengan cemerlang (speed 33, 45 dan 78), radio tak berfungsi. menggunakan elektrik dan bateri 4 biji (saiz bateri ubat lampu paling besar - D size).


Oct 18, 2010

Radio Lama jenama Siemens

"Isi perut" lama dah dibuang...aku ganti dengan radio baru. Maksudnya aku modified masuk kan "isi perut" radio baru. Jadi dia berfungsi macam biasa. Kawalan siaran di sebelah kanan, kawalan suara (volume) sebelah kiri. Butang tekan2 putih di tengah tu dah tak berfungsi, boleh tekan je lah. Asalnya untuk menukar siaran (SW, MW). Bila aku dah modified, hanya FM saja yang dapat. menggunakan kuasa elektrik. Badan diperbuat dari plastik bukan kayu.


ps : kalau sesiapa ada radio lama dan berminat ingin modified supaya berbunyi dengan masukkan radio baru dalam tu, kalau tinggal di area Kuantan atau berhampiran, boleh la email kat aku. TQ.

Mar 6, 2010

Seiko Advance Auto
















































Jam, hari dan tarikh berfungsi dengan baik , cuma tali je bukan original.




Jan 19, 2010

Seiko 5 (automatik)







































Semua berfungsi dengan baik. Aku bukan pakar jual jam, cuma minat je. Kebetulan ada beberapa buah jam dalam koleksi, nak tahu lebih lanjut, email kat akulah. TQ

Jan 2, 2010

Kipas Meja 16" G.E.C (SOLD)


















Buatan England. Masih berfungsi. "Speed control" ada di belakang tapak. Maaf lah, kipas berabuk sikit. Tuannya malas nak cuci... hehe.

TV Toshiba Blackstripe 20" (Color)



























Body kayu, untuk tukar siaran masih kena pulas. TV warna. Cuma ada line melintang pada paparan skrin sebagaimana ditunjukkan pada gambar di atas. Siaran yang dapat ialah TV1, TV2 dan TV3.

Dec 24, 2009

Duit Lama Lebih 200 tahun















Dec 14, 2009

Lighter Ronson U.S.A































Lighter Buatan USA (table lighter). menggunakan minyak,
berfungsi dengan baik.

Harga : RM120

Lighter & Bekas Rokok Ronson U.S.A

















Bekas Rokok dan lighter, buatan USA, jenama Ronson, lighter/pemetik api masih elok dan boleh digunakan.

Harga : RM180

Dec 10, 2009

Pagol V5 (Manual)















Swiss made.. Running excellent..
RM550.00

Rado Starfire (Automatik) - SOLD to Ogie KL.

















Swiss made.. Glass- saphire Cristal.. Automatik..
Running - excellent.
RM 700.00

Sep 7, 2009

FAVRE LEUBA Automatic (SOLD)
















Jam Favre Leuba Automatik buatan swiss, masih elok lagi sebab aku dah pakai seminggu lebih. Hari dan tarikh bertukar dengan baik. Cuma tali bukan original, tali tu jenama Seiko.


RM300

Aug 31, 2009

Turntable Model Sansui (Display Je)















Model Sansui ni buatan Jepun, Koleksi aku sendiri...masih berfungsi dengan baik cuma kena sambung dengan amplifier lah.. dan untuk pengetahuan engkorang bila dah habis play, tangan tu tak automatik simpan sendiri. Aku harap engkorang pahamlah aku cerita ni. Tempat letak jarum tu ada, aku lupa nak letak dan aku dah gantikan dengan jarum yang baru.

RM300

Brand @ Company Piring Gramophone.
















Ini lah brand/syarikat piring hitam bagi piring-piring hitam yang aku nak jual kat bawah tu, kalau latarbelakang tulisan tu warna biru, inilah lambangnya... kalau aku nak ambik gambar tu full...tak nampak pulak tajuk lagu tu... Al maklum lah barang lama.















Kalau latarbelakang tulisan tu warna merah, inilah lambangnya...

Piring Gramophone Paling Aku Sayang.......
















Piring ni satu-satunya yang aku sayang, aku display kat engkorang je... belum masa aku nak jual yang ni, sebab yang ni ada cerita tersendiri.... Aku biasa pegi Amcorp Mall PJ, Junk Shop Bandar Melaka, Pasar Lama Ipoh, belakang Petaling Street,Stadium Bandaraya Penang dan beberapa tempat lagi, piring gramophone model ni boleh dikatakan tak ada jual, kalau ada pun di Junk Shop Melaka, harganya RM250 ke atas, kalau lagu P.Ramlee tak usah ceritalah, RM300 pun diaorang jual.















Lagi satu nak bgtau, aku tak pos piring ni, takut pecah, jadi pada yang berminat nak beli....engkorang datang ambil sendiri atau mungkin kalau tak jauh dari tempat aku, aku hantar jika ada kesempatan... Tentang kulit (cover) piring-piring ni, dah tak ada. Kalau ada pun tak elok lagi, kertas dah banyak yang koyak....
Aku ada beberapa piring gramophone lagi...nantilah ada masa aku upload.

Terima kasih.

Piring Gramophone Noormadiah (SOLD)
















Lagu Hasrat Hati nyanyian Seniwati Noormadiah dan side belakang lagu Penggodaan nyanyian Seniwati Noormadiah jugak.


RM150

Piring Gramophone Salmah Ismail (Saloma)-SOLD
















Lagu Nyanyian Salmah Ismail (Saloma) Mari Jalan Bersama dan side sebelahnya lagu nyanyian Saloma juga, tajuk lagu Hujan Lebat.


RM150

Piring Gramophone R.Azmi
















Lagu Tidak Ber Ibu Nyanyian R.Azmi, side lagi satu lagu Aku Merana juga nyanyian R.Azmi.


RM 150

Piring Gramophone R. Azmi
















Air Mata Kaseh...nyanyian R. Azmi..Keluaran Columbia. Side belakang lagu Rindu Dendam, nyanyian R.Azmi jugak.


RM150

Piring Gramophone P. Ramlee. (SOLD)
















Penyanyi perempuan Sutinah ni aku tak tahu sape.. P.Ramlee semua orang kenal.
Lagu Ta' Puas Mata Memandang (Sutinah dan P.Ramlee) dan side lagi satu lagu Bintang malam nyanyian S. Noah (maaf tak kenal)


RM150

Piring Gramophone P. Ramlee (SOLD)
















Nyanyian Noormadiah dan P.Ramlee, tak pasti tahun berapa, tapi kalau piring hitam batu ni..Sebelum tahun 1960, agak aku lah.

Side 1, lagu Mengapa Yang Ria (Noormadiah dan P.Ramlee)
Side 2, Ditelan Pahit Dibuang Sayang (Normadiah solo)

RM 150.00

Aug 10, 2009

Lighter Ronson U.S.A (SOLD)



















Jenis Ronson buatan USA, original. Berfungsi dgn baik, pakai gas. Di bahagian bawah terdapat tulisan Ronson dan made in U.S.A.



Harga RM 250

Vintage IMCO TRIPLEX Cigarette Lighter (SOLD).

















Buatan Austria, ORIGINAL. Terdapat tulisan IMCO TRIPLEX dan made in Austria di bahagian bawah. Masih baru, belum digunakan lagi.


Harga RM 220

Vintage Yashica camera Japan made















Bentuknya memang masih cantik. Original buatan Jepun. Untuk koleksi saja. Tali, cover lense dan sarung bodynya memang tak ada.

Harga RM 800

CITIZEN Bullhead chronograph automatic (Sold)



















Citizen model 70an, Semua berfungsi dengan baik.


Harga RM650

Aug 5, 2009

LP The Best Disco '80 (SOLD)















LP ni nonstop, masih elok, koleksi peribadi. Dulu LP ni orang panggil Lagu Botak (Zaman aku sekolah dulu lah, last last aku pulak botak!!!!).

Lagu paling top dalam LP ni Funky Town, Mandolay dan Stay the night.

Harga RM100


Cermin Sisi Buatan Taiwan















Cermin ni (sepasang) buatan Taiwan, design lama tapi barang masih baru. Sesuai untuk mana-mana kereta lama.

Harga RM250


Cermin Sisi Kiri Pagoda Mercedes W114 W115















Cermin sisi kiri Pagoda ni ori buatan Germany. Juga sesuai untuk kereta Mercedes W114 dan W115 @ model-model lain. Sangat cantik dan masih baik lagi. Harga boleh runding.

Harga RM550


Stereng Mercedes Lama W114 W115















Stereng ni buatan Germany, sesuai untuk kereta mercedes W114 @ W115, mungkin model lain sesuai. Warna hitam, masih elok lagi, cuma ada retak sikit di bebarapa bahagian, tapi masih boleh digunakan lagi. Harga boleh bincang.

Harga RM1200